Write For Us

Gobind perjelas kenapa PH 'dolak-dalik' tunai janji

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menyifatkan PH kelihatan 'berdolak-dalik' dalam menunaikan janji pilihan rayanya kerana kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan dan para menterinya yang kurang pengalaman.
Pada wawancara bersama media menjelang sambutan setahun PH memerintah negara pada bulan depan, Gobind mengakui terdapat keputusan yang dibuat PH ditarik balik atau bercanggah dengan keputusan yang dibuat sebelumnya.
"Dalam keadaan itu, saya fikir kita perlu menjelaskan mengapa keputusan berkenaan dibuat.
"Selalunya keputusan itu dibuat kerana kami menemukan terdapat masalah dalam melaksanakan polisi tersebut, sama ada kita mempunyai kekangan kewangan, kekangan perundangan atau kerana struktur yang ada yang tidak boleh diubah dalam masa semalaman," katanya ketika temu bual di Angkasapuri, RTM di Kuala Lumpur hari ini.
Tanpa pengalaman terdahulu dalam mentadbir kerajaan persekutuan, Gobind berkata banyak masa telah dihabiskan untuk mempelajari fungsi pelbagai agensi dan cabarannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment