Write For Us

Jamal tunggu Najib di luar mahkamah, beri sokongan moral

Loading...
christmas sale Entertainment MindGames
27 Views
Published
Lensa kamera bertumpu kepada kelibat Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos yang hadir di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi sokongan moral kepada bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes bicara 1MDB yang bermula hari ini.
Selain Jamal, turut kelihatan Anggota Majlis Tertinggi Umno, Armand Azha Abu Hanifah yang bersalam dengan Najib sebaik prosiding bicara berhenti rehat dan bersambung.
Najib menghadapi empat pertuduhan rasuah menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Perbicaraan yang dinanti-nantikan ini berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment