Write For Us

Chandra Muzaffar tiba beri sokongan pada anak di mahkamah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
125 Views
Published
Penganalisis dan pemerhati politik, Dr. Chandra Muzaffar hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Isnin untuk memberi sokongan terhadap anaknya yang didakwa berkaitan kes pembunuhan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Allahyarham Nazrin Hassan.
Untuk rekod Chandra ialah ayah kepada tertuduh yang juga isteri kepada Nazrin, Samirah Muzzaffar.
Sebelum itu Samirah, dan dua anaknyal didakwa atas kesalahan bunuh.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata, turut akan didakwa adalah seorang lagi individu yang masih bebas.
Nazrin meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya pada 14 Jun lalu. Ketika itu, Allahyarham dikatakan maut akibat kebakaran selepas telefon bimbit dalam biliknya meletup.
Dua bulan kemudian, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh selepas siasatan bomba mendapati ada kesan petrol di tempat kejadian.
Polis kemudian menyoal siasat anggota keluarganya, termasuk mereman isteri dan menahan dua anak tirinya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment