Write For Us

PKR terus beri sokongan padu pada Dr M

Loading...
christmas sale Entertainment MindGames
27 Views
Published
Presiden PKR Anwar Ibrahim menegaskan parti itu sejak awal penubuhan Pakatan Harapan (PH) sehingga penubuhan kerajaan dan kini tetap memberi sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Anwar berkata negara memerlukan parti komponen yang kuat dalam PH dan persefahaman di kalangan anggota parti adalah penting.
“Negara hari ini perlukan Keadilan yang kuat, Bersatu yang kuat, Amanah serta DAP yang kuat... dalam gabungan ini bukan kerajaan Keadilan tetapi kerajaan PH maknanya persefahaman antara kita sangat penting,” katanya dalam ucapan pada program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat Keadilan sesi 2018/2021 di Port Dickson malam ini.
Turut hadir Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail serta barisan pimpinan PKR pusat dan negeri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment