Write For Us

'Jangan dah betul-betul rasa rugi baru nak report'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
180 Views
Published
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati membuat sesuatu pelaburan agar tidak menjadi mangsa sindiket skim cepat kaya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka perlu menyemak sama ada sesuatu skim itu diluluskan atau tidak oleh Bank Negara Malaysia.
"Semak dulu sama ada skim itu diluluskan oleh Bank Negara atau tidak. Bank negar juga ada mengeluarkan Alert, jangan lah pergi melabur juga. Kalau nak kaya cepat, susahlah kita tak boleh kawal semua orang jangan melabur.
"Yang dah timbul, JJTPR. Itu satu, timbul satu lagi Mon Space.
"Kita mengalu-alukan mereka yang terpedaya membuat laporan polis. Jangan dah betul-betul rasa rugi baru nak report.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis ke-210 di Bukit Aman hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment