Write For Us

"Jangan desak PAS," kata Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa Pakatan Harapan agar tidak terlalu mendesak PAS dalam soal kerjasama dengan pembangkang.
Kenyataan menteri besar Selangor itu sedikit berbeza dengan kebanyakan ucapan pemimpin Pakatan Harapan dalam konvensyen hari ini.
"PKR akan teruskan kerjasama dengan PAS atas prinsip tahaluf siyasi dan terus berbincang dengan mereka. Setakat ini kenyataan dan tindakan PAS termasuk Mursyidul Am Hashim Jasin adalah sangat positif.
"Ia satu permulaan yang baik, tapi jangan mendesak sehingga melangkaui tahap itu," katanya ketika ditemui pemberita di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam, hari ini.
Malah, anggota Parlimen Gombak itu berkata adalah penting kerjasama antara Pakatan Harapan dengan PAS bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment