Write For Us

Jangan hina ADUN PAS, kata Iskandar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Jangan menghina wakil-wakil rakyat PAS Selangor - itu mesej yang disampaikan naib presiden parti berkenaan, Datuk Iskandar A Samad.
Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Selangor ternyata kesal dengan sesetengah pihak yang membuat fitnah kononnya ada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang mahu menyertai PKR.
Lebih mengecewakan Iskandar ialah pihak yang mempercayai akan fitnat berkenaan.
Menurut catatan terbarunya di laman rasmi Facebook, hakikatnya kata Iskandar, ADUN terbabit terbukti berdiri teguh di belakang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Iskandar ramai yang lupa apa yang berlaku ketika Kajang Move kerana ADUN-ADUN inilah yang berdiri teguh di belakang presiden.
Ini kerana, walaupun tekanan dan pujukan diterima amat hebat sehingga 2 ADUN kecundang, tetapi 13 ADUN ini tidak berganjak.
Beberapa hari lalu tersebar khabar mendakwa ada ADUN PAS akan meninggalkan parti berkenaan untuk menyertai PKR.
Kata Iskandar jika faktor jawatan didakwa menjadi punca ADUN PAS mahu keluar parti, krisis ketika Kajang Move itu lebih tinggi berbanding sekarang.
Ketika itu katanya 13 ADUN PAS kekal istiqamah walaupun ada kemungkinan parti terbabit akan terkeluar daripada kerajaan negeri.
Tambah Iskandar yang juga exco kanan Selangor, beliau bukan meminta agar jasa mereka dihargai dan bukan meminta agar pengorbanan mereka dikenang tapi hanya jangan menghina mereka.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment