Write For Us

Jangan 'hina', kata MP PKR pada PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Ahli Parlimen PRK-Selayang William Leong berkata parti itu tidak boleh mengorbankan prinsipnya demi memenangi pilihan raya umum akan datang.
Perkara itu merujuk kepada parti itu yang masih lagi mengadakan perbincangan dengan PAS walaupun parti agama itu telah memutuskan hubungan politik.
Menurut Leong, pemimpin PKR seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sudah mendapat pelbagai hinaan dari PAS, namun masih lagi membuka pintu rundingan.
"Selama dua tahun, Wan Azizah dan Azmin sudah mendapat pelbagai bentuk penghinaan itu dan ini, mereka manusia biasa namun mereka masih lagi membuka pintu rundingan.
"Yang terbaru PAS cakap kalau nak bekerjasama dengan kami, PKR harus bertaubat dan sebelum tu mereka cakap lagi teruk.
"Kita tidak boleh berkompromi dengan maruah orang yang mengundi kita. Lima puluh dua peratus daripada rakyat mengundi untuk prinsip yang kita janjikan dan kita harus mempertahankan maruah itu," katanya dalam satu temuramah eksklusif dengan Malaysiakini dan KiniTV.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment