Write For Us

"Jangan lagakan saya dengan Khir Toyo"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempertahankan kenyataannya berhubung kekalahan BN Selangor pada pilihan raya umum ke-12.
Bagaimanapun, Tengku Adnan berkata, beliau tidak mahu bergaduh lagi dengan bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mengenai perkara berkenaan dan berharap tiada pihak melagakan mereka.
"Tak apalah. Saya sebagai setiausaha agung, saya ada analisa. Tiap-tiap negeri saya tahu apa yang berlaku.
"Saya pun tidak mahu bergaduh dengan Khir Toyo. Janganlah lagakan saya dengan Khir Toyo.
"Dia tahu dan saya tahu," katanya ringkas tanpa mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan projek pembangunan The Park 2 di Bukit Jalil hari ini.
Ahad lalu, Tengku Adnan yang juga menteri Wilayah Persekutuan berkata, antara punca kekalahan BN pada pilihan raya umum 2008 berpunca apabila rakyat marah terhadap Dr Khir dalam isu pencerobohan kuil dan anugerah penyapu kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment