Ulama Pusat PAS berpendirian wajib untuk mereka menjatuhkan kerajaan PH yang ada sekarang.
Ketuanya Dr Nik Zawawi Salleh berkata tiada khilaf (pertikaian) mengenai hal itu dan menggesa parti itu tidak banyak menoleh ke belakang.
"Parti kita, PAS, berhadapan dengan PH hukumnya adalah wajib. Menjatuhkan kerajaan yang sedia ada ketika ini hukumnya wajib," katanya yang kemudian disambut laungan takbir.
"Perkara ini kita jangan khilaf... jangan khilaf. Kita bergerak ke depan, jangan kita banyak menoleh ke belakang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan bagi pihak Dewan Ulama Pusat PAS pada hujung muktamar yang bermula sejak Jumaat lalu di Stadium Tertutup Sukpa di Indera Mahkota, Kuantan hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment