Dewan Rakyat hari ini tegang dengan desakan kepada Menteri Hal Ehwal Luar Negari Saifuddin Abdullah dari wakil rakyat pembangkang dan kerajaan berhubung isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).
Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) berulang kali mencelah untuk mendesak berhubung isu Icerd ketika Saifuddin menyampaikan ucapan penggulungan peringkat dasar Belanjawan 2019.
Tajuddin melabel Saifuddin sebagai "liberal" dan menuduh beliau sebagai "sedia jual orang sendiri".
Wakil rakyat kerajaan termasuk Wong Shu Qi (PH-Kluang) kemudian menggesa Tajuddin menarik balik kenyataannya yang disifatkan sebagai berniat jahat.
Tajuddin menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya adalah "menjual orang sendiri secara politik".
"Tanya pada orang Melayu di luar sana," katanya.
Bagaimanapun, timbalan speaker Rashid Hasnon tidak mengendahkan perkara itu.
Cadangan meratifikasi Icerd menjadi isu kontroversi di Malaysia dengan pihak yang membantah menyifatkan konvensyen berkenaan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berhubung hak istimewa bumiputera.
Isu berhubung Icerd timbul selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada September lalu bahawa Malaysia akan meratifikasi konvensyen berhubung hak asasi manusia.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment