Ahli Parlimen BN-Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan menfailkan saman bagi menuntut permohonan maaf daripada Ahli Parlimen Amanah-Shah Alam, Khalid Samad yang mengungkapkan perkataan 'sial' terhadapnya di luar Dewan Rakyat, semalam.
Tajuddin juga turut menuntut ungkapan 'sial' terhadapnya ditarik balik.
Terdahulu, Khalid mengeluarkan perkataan itu selepas Tajuddin secara berseloroh menyebut hanya Teresa Kok (DAP-Seputeh) wanita yang mempunyai nama dengan perkataan 'Kok' di Seputeh.
Bagaimanapun, gurauan tersebut menyebabkan Dewan Rakyat kecoh dengan beberapa anggota Parlimen pembangkang mengeluarkan kata-kata kesat termasuk Khalid yang berkata 'sial'.
Kekecohan itu bagaimanapun ditenangkan Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee dengan membuat penetapan bahawa perkataan 'Kok' adalah merujuk kepada nama Teresa dan bukan bermaksud perkataan lain.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment