Write For Us

Lip Eng tarik balik perkataan 'kurang elok' terhadap Annuar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Ahli Parlimen DAP-Segambut, Lim Lip Eng tampil menarik balik perkataan kurang elok terhadap Ahli Parlimen BN-Ketereh, Tan Sri Annuar Musa ketika bertelagah dalam sesi pencelahan sesi sidang Dewan Rakyat, semalam.
"Semalam saya telah menggunakan perkataan yang kurang elok terhadap Ahli Parlimen Ketereh.
"Oleh itu saya ingin menarik balik perkataan tersebut dengan izin Tan Sri Speaker," katanya di sidang Dewan Rakyat hari ini.
Semalam, Lip Eng bangun mencelah dan mula mengecam Annuar sebagai "pengecut", "ayam" dan "chicken s***!"
Pada suatu ketika Lip Eng turut menggelar Annuar sebagai "separuh jantan" dan "eh, pondan, diamlah!".
Annuar ketika itu sedang berucap membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang merasmikan mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-13 yang bermula pada 6 Mac lalu.
Terdahulu, Annuar - secara sinis - mengucapkan tahniah kepada Kit Siang kerana begitu lama terbabit dalam politik retorik.
Malah ketua penerangan Umno itu juga membandingkan Kit Siang dengan bekas presiden Filipina yang digulingkan rakyat, Ferdinand Marcos, serta Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment