Write For Us

NFC tarik balik rayuan terhadap Malaysiakini

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini mencatatkan penarikan balik rayuan oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd dan pengerusinya, Datuk Seri Mohd Salleh Ismail berhubung saman fitnahnya terhadap portal Malaysiakini.
Ini didedahkan oleh peguam kanan NFC Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kepada panel hakim yang diketuai oleh Datuk Umi Kalthum Abd Majid.
Walau bagaimanapun, rayuan NFC dan Salleh terhadap naib presiden PKR, Rafizi Ramli yang dituduh memfitnah mereka akan didengar pada tarikh lain selepas pengurusan kes di mahkamah rayuan ditetapkan pada 12 Julai.
Salleh mendakwa pada 7 Mac 2012, Rafizi mengeluarkan kenyataan fitnah pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City dan berita itu disiarkan dalam Malaysiakini pada hari sama.
Salleh mendakwa saman itu dibuat berikutan kerugian yang ditanggung beliau berikutan pembohongan, maklumat yang mengelirukan, pendedahan maklumat sulit perbankan dan fitnah oleh defendan.
Sehubungan itu, beliau memohon ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2016  memutuskan Rafizi memfitnah NFC tetapi menolak tuntutan ganti rugi Salleh terhadap Malaysiakini kerana melaporkannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment