Write For Us

PAS desak Presiden Perancis tarik balik tohmahan terhadap Islam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
51 Views
Published
PAS hari ini mendesak Presiden Perancis, Emmanuel Macron untuk menarik balik semua ucapan provokasinya dan tohmahan yang mengaitkan Islam dengan keganasan.

Perkara itu merupakan salah satu daripada tuntutan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dalam satu memorandum bantahan yang mahu disampaikan kepada Kedutaan Besar Perancis hari ini.

Terdahulu, Macron menggambarkan Islam sebagai 'agama dalam krisis', susulan serangan seorang pelampau agama yang memenggal kepala seorang guru di negara itu kerana mempamerkan kartun Nabi Muhammad.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment