Write For Us

Dewan kecoh! MP PKR sebut nama MP 'ponteng', PN desak tarik balik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
7 Views
Published
Dewan menjadi tegang seketika semasa Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin membahaskan mengenai isu pemotongan gaji dan elaun bulanan ahli parlimen yang ponteng dan gagal hadir secara penuh bagi sesi sidang Dewan Rakyat.

Sim yang memetik nama Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin yang kerap tidak hadir ke Dewan Rakyat membangkitkan kemarahan Ahli Parlimen dari blok pembangkang antaranya Ahli Parlimen Pendang, Awang Solahuddin Hashim.

Awang mencelah dengan menyatakan itu sangkaan jahat dan perlu ditarik semula.

Bagaimanapun Sim menarik balik kenyataannya selepas Speaker, Johari Abdul memintanya berbuat demikian.


https://www.youtube.com/watch?v=rmC6NFTaf4M
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment