Write For Us

Kecoh! KJ panggil timbalan speaker Taliban, diarah tarik balik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
82 Views
Published
Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) hari ini memperlekehkan kemahiran pemahaman timbalan speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming dan memanggilnya sebagai "Taliban".
Ini selepas Nga yang menyoal apa sebenarnya soalan Khairy semasa wakil BN itu dipanggil untuk mengemukakan soalan susulan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menjelaskan mengenai pemberian bantuan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Sejurus itu, Khairy menuduh kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil keputusan bermotif politik untuk memperkenalkan semula pemberian wang tunai RM100 kepada mereka yang berstatus bujang pada kempen pilihan raya kecil Semenyih lalu.
“Saya nak tanya menteri disebabkan digunakan alasan tak ada duit tetapi ada pula rang undang perbekalan (sebanyak) RM9 bilion.
“Mungkin sempena PRK DUN Rantau ini akan diumumkan BSH untuk bujang ini dinaikkan kepada RM450 seperti (yang diberikan) di bawah BN dahlulu,” katanya.
Nga kemudiannya bertanya apa sebenarnya soalan yang dicuba dikemukakan oleh Khairy.
Khairy: Adakah sempena dengan PRK Rantau, ada masalah komprehensi, Taliban?
Speaker Nga: YB Rembau, tarik balik.
Khairy: Tarik balik mana?
Speaker Nga: Taliban.
Khairy: Saya tarik balik. Ada masalah komprehensi, speaker?
Speaker Nga: Inilah dia...bila kita nak pastikan dewan ini berjalan dengan lancar tapi ada buat provokasi saya rasa kesal. Ini sikap tidak patut kita belakjar.
Nga seterusnya meminta Lim meneruskan penjelasannya itu.
Istilah "Taliban" merujuk kepada kenyataan Naga yang juga adalah pengerusi DAP Perak yang mendakwa bahawa Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang ditadbir Taliban jika Umno dan PAS membentuk kerajaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment