Write For Us

Dewan kecoh, Timbalan Speaker umum ada kesilapan kiraan undi belah bahagi semalam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
68 Views
Published
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa jumlah ahli parlimen yang menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan, semalam adalah 106 dan bukannya 107 seperti diumumkan.

Katanya, kesilapan berlaku apabila ahli Parlimen Tasek Gelugor Shahbudin Yahya tersilap menandakan bahawa Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Renggas) turut menyokong RUU itu.

Pengumuman itu bagaimanapun menimbulkan bantahan beberapa ahli parlimen pembangkang dan RSN Rayer (PH-Jelutong) juga mahu tindakan diambil ke atas Shahbuddin yang telah melakukan kesilapan itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment