Write For Us

Kecoh! Speaker tangguh parlimen sebelum undi RUU Perbekalan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Dalam satu tindakan yang belum pernah terjadi sebelum ini, Speaker Azhar Harun telah menangguhkan sidang Dewan Rakyat selama 10 minit sebelum sesi mengundi Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 bermula.

Ini berlaku sebaik sahaja blok pengundian untuk RUU tersebut diputuskan.

Ahli parlimen pembangkang kemudian mendakwa tindakan menangguhkan sesi dewan adalah untuk 'merampas' Parlimen kerana ia untuk memberi masa ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) yang lewat untuk masuk melakukan pengundian blok.

Seksyen 47 (2) Peraturan Mesyuarat berkenaan proses undian dalam Dewan mengatakan undi-undi anggota parlimen yang datang lambat perlu diketepikan daripada pengundian blok.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment