Write For Us

Operasi roboh gerai ‘kecoh' sebelum tangguh

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
142 Views
Published
Operasi merobohkan 37 premis setinggan di persimpangan selekoh Kampung Pasir, Ukay Perdana, Hulu Klang hari ini bertukar kecoh apabila tercetusnya perang mulut antara segelintir peniaga terbabit dengan pihak berkuasa.
Utusan Online melaporkan dalam kekecohan itu, seorang individu ditahan polis ekoran provokasi antara mereka ketika operasi yang disertai kira-kira 100 penguat kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Pejabat Tanah Daerah (PTD) Gombak.
Difahamkan, operasi merobohkan gerai terbabit ditangguhkan sehingga perbincangan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib, Gabungan NGO-NGO 1Malaysia (GN1M) dan PTD Gombak mencapai kata putus.
Isu berkenaan timbul selepas PTD Gombak mengeluarkan notis arahan pengosongan gerai pada 20 Jun lalu bagi memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment