Write For Us

Pandikar tolak usaha pembangkang semak undi belah bahagi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Dewan Rakyat menolak usaha pembangkang menyemak semula keputusan undi belah bahagian Rang Undang-Undang Perbekalan (RUU) 2018 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini.
Dalam keputusannya, Speaker Dewan Rakyat, Tan sri Pandikar Amin Mulia mengekalkan keputusan bahawa 51 anggota parlimen pembangkang mengundi menentang pada Isnin lepas dan bukannya 52 undi seperti didakwa pembangkang.
Beliau mengakui seramai 52 anggota Parlimen pembangkang telah mengambil bahagian dalam pengundian belah bahagian itu, tetapi mengatakan kertas undi ahli parlimen ke-52, Julian Tan (DAP-Stampin) tidak ditandatangani oleh G Manivannan (PKR-Kapar), yang mencadangkan undian berkenaan.
Beliau juga memutuskan bahawa pengundian belah bahagi yang dimulakan pembangkang tidak sepatutnya dilakukan kerana sesetengah anggota parlimen ketika itu menunaikan solat dan masih merasa penat berikutan persidangan panjang sehari sebelumnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment