Write For Us

Rafizi kekal bebas, pendakwa raya tarik balik rayuan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli kekal bebas daripada pertuduhan mendedahkan butiran sulit perbankan berkaitan dengan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) selepas pendakwa raya menarik balik rayuan terhadap pembebasannya.
Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar memaklumkan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai hakim Yaacob Md Sam bahawa pihak pendakwaan juga menarik balik rayuan terhadap pembebasan bekas kerani bank, Johari Mohamad daripada pertuduhan bersubahat dengan Mohd Rafizi.
Beliau berkata pihak pendakwaan memfailkan notis penarikan balik rayuan pada 9 Disember lepas.
“Oleh itu pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua rayuan,” katanya dan mahkamah membatalkan rayuan tersebut.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lepas melepaskan dan membebaskan Rafizi dan Johari daripada pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), selepas membenarkan rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 30 bulan dikenakan terhadap mereka.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment