Write For Us

Jawab DOJ 'subjudis', DAP mahu fail usul keputusan speaker

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
152 Views
Published
DAP mahu memfailkan usul berhubung keputusan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menegaskan menteri tidak perlu menjawab soalan berkaitan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) atas alasan subjudis.
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, usul itu akan difailkan di bawah Peraturan Mesyuarat 43 supaya keputusan Speaker dapat disemak semula.
Sehubungan itu, Lim berkata pihaknya akan menunggu hansard parlimen semalam sebelum mengemukakan usul berkenaan.
"Kita akan memfailkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 43 bagi mengkaji semula keputusan Speaker dan berharap masa (untuk debat) akan ditentukan.
"Kerana semalam ketika kami tanya Speaker bila akan tentukan masa (untuk didebatkan), beliau diam.
"Jadi kami menanti handsard semalam sebelum usul dibuat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Pandikar menegaskan bahawa menteri tidak perlu menjawab soalan yang dikemukakan mengenai saman DOJ yang difailkan di mahkamah California Julai lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment