Write For Us

Tok Him rayu Speaker permudahkan usul RUU355

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata atas nama kepentingan Islam menyeru supaya Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin memberi laluan utama kepada pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di parlimen.
Ibrahim berkata tiada sebarang alasan yang boleh diberikan oleh Pandikar untuk membenarkan Anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul itu.
“Saya merayu atas nama Islam, yang dipertua dewan rakyat supaya supaya memberi laluan mudah kepada Hadi membawa usul RUU355 untuk dibawa.
“Di bawah peraturan mesyuarat, usul Hadi diletak di bawah dan kerana didahulukan urusan kerajaan. Takut sidang parlimen tamat, tak ada masa dan usul Hadi tak dapat diteruskan. Atas nama Islam, berilah ruang supaya usul Hadi dinaikkan dan Hadi boleh bentang RUU355, ada perbahasan.
“Apabila ada perbahasan rakyat tahu siapa yang sokong siapa yang tentang. Secara jelas dan rasmi. Bila ada perbahasan kita baca dengan terperinci dan kira boleh baca dan kita boleh dengar hujah yang sokong dan menyokong,” katanya.
Ibrahim berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat PERKASA hari ini.
Rabu lalu, Najib mengumumkan kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta 355 itu daripada PAS.
Usul itu asalnya dibawa Abdul Hadi, melalui peruntukan RUU persendirian.
Najib berkata, keputusan tidak mengambil alih usul Abdul Hadi itu diambil diambil selaras dengan dasar dan amalan BN yang menetapkan semua keputusan mesti dibuat secara konsensus.
Dengan ketetapan itu, katanya, status usul itu kini terserah kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment