Write For Us

Jeck Seng angkat sumpah, kehadiran rendah di pihak kerajaan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
69 Views
Published
YB Wee Jeck Seng mengambil sumpah jawatannya di dewan rakyat hari ini selepas memenangi pilihanraya Tanjung Piai sabtu lalu.
Namun menurut pengamatan Ahli Parlimen Subang Wong Chen kehadiran adalah rendah di pihak kerajaan dan hampir penuh di pihak pembangkang.
Melalui hantaran FBnya dia berkata tidak ada menteri di dewan pagi ini, enam wakil menteri (timbalan) bertugas untuk menjawab soalan.
Wee mengangkat sumpah di hadapan Yang DiPertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof.
Wee pernah menyandang kerusi tersebut sebanyak dua penggal dari 2008 hingga 2018 sebelum dikalahkan pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU14).
Kelmarin beliau kembali memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 15,086 undi mengalahkan lima calon lain, termasuk wakil PH, Karmaine Sardini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment