Write For Us

Jeck Seng bangun tanya soalan di parlimen, namun tak relevan

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
84 Views
Published
Hari pertama di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Dr Wee Jeck Seng bangun mengajukan soalan tambahan berkaitan keselamatan makanan negara.
Dr Jeck Seng bertanya mengenai tindakan kerajaan dalam melindungi keselamatan makanan negara kerana negara kini terlalu bergantung kepada import makanan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, soalan yang dikemukakan Jeck Seng itu tidak mempunyai kaitan dengan soalan lisan daripada William Leong Jee Keen (PH-Selayang) berhubung penyalahgunaan Permit Kelulusan (AP).
"Bagaimanapun, sebagai orang baru masuk dewan, saya bagilah sedikit (peluang). Dari segi keselamatan makanan negara, kita tahu bahawa negara dan 32 juta rakyat Malaysia memerlukan makanan.
"Setiap hari, tiga kali sehari. Kerajaan sedia maklum bahawa keselamatan makanan negara sangat penting," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment