Jenazah lima bersaudara yang maut dalam kemalangan di Kilometer 427.5 Lebuhraya Utara Selatan di Kuala Kubu Baru, Selangor semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ruat, awal pagi 21 Disember.
Terdahulu, jenazah Mohamad Rodzi Abdul Kadir, 52; isterinya, Jamilah Jalim @ Jamil, 47, dan anak mereka, Nur Intan Mohamad Rodzi, 18, bersama kakak iparnya, Bashirah Jalim @ Jamil, 49, serta anak saudaranya, Nur Shifa Abdul Rashid, 17, tiba di Kampung Ruat, di sini kira-kira jam 12 tengah malam.
Jenazah mereka dibawa ke rumah ibu pasangan adik beradik itu untuk membolehkan ahli keluarga dan sanak saudara melihat kali terakhir jenazah mereka sebelum dibawa ke Masjid Kampung Ruat untuk disembahyangkan.
Anggota keluarga mangsa, Azraiee Hassan, 59, berkata kesemua mangsa selamat dikebumikan sekitar jam 1 pagi sebaik selesai segala urusan.
Beliau berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian semua mangsa walaupun kehilangan mereka sekelip mata.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment