Write For Us

Jerebu bukan dari Indonesia, kata Menteri Siti Nurbaya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Malaysia menerusi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memberitahu akan menghantar Nota Diplomatik kepada Indonesia bagi menyatakan kebimbangan mengenai situasi jerebu yang melanda Malaysia dan menggesa Indonesia mempertingkatkkan usaha pemadaman.
Walau bagaimanapun, Indonesia hari ini menafikan bahawa kejadian jerebu merentas sempadan yang menjejaskan negara jiran seperti Malaysia dan Singapura adalah dari Indonesia.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan, Siti Nurbaya itu kelihatan meragukan kerana sebanyak 1,278 titik panas dikesan melalui satelit Terra Aqua di Sumatera hari ini.
Siti Nurbaya memberitahu berdasarkan pemantauan menerusi Satelit Himawari-8, jerebu yang melanda Malaysia bukannya berpunca dari wilayah Sumatera seperti yang dilaporkan media asing sebelum ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment