Write For Us

"Nazri menteri senior, bukan junior," kata Tony Pua

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Pedebatan antara Datuk Seri Nazri Aziz dan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 25 Mac ini tetap akan membayangkan pendirian kerajaan dalam isu 1MDB.
Anggota Parlimen DAP, Tony Pua berkata perdebatan itu akan menjadi sia-sia jika Nazri tidak mewakili BN sebaliknya berhujah atas sifat peribadi atau tidak menunjukkan fakta daripada pihak kerajaan.
Ditemui media di parlimen hari, Pua yang juga anggota parlimen Petaling Jaya Utara berkata, Nazri adalah seorang menteri kanan.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu dijadual berdebat dengan bekas bosnya itu di Padang Rengas, Perak, pada 25 Mac ini.
Pertembungan itu berlangsung selepas Nazri menyambut cabaran Dr Mahathir untuk berdebat mengenai skandal 1MDB - yang dikritik hebat oleh bekas perdana menteri itu - serta beberapa isu lain.
Turut menjadi perhatian ialah skandal kewangan pada zaman Dr Mahathir menjadi perdana menteri, Bumiputra Malaysia Finance (BMF).
Dalam perdebatan itu nanti, kata Pua, apa saja soalan yang dijawab Nazri, ia adalah bagi pihak kerajaan dan perlu diterima begitu.
Justeru, kata Pua, beliau berharap Nazri akan datang dengan persediaan yang cukup serta fakta kukuh.
Pua juga menyatakan keyakinannya terhadap kemampuan Dr Mahathir berdebat dengan Nazri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment