Berikutan tuduhan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengamalkan pilih kasih, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz berkata budaya tersebut tidak datang daripada Umno.
"Ia tidak ada kena mengena dengan Umno. Ia (pilih kasih) budaya mereka. Budaya Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz," kata Nazri kepada pemberita selepas menghadiri sambutan pesta Tahun Baru Bangladesh di Kuala Lumpur hari ini.
Katanya BERSATU gagal kerana budaya berkenaan, selain pemimpin tertingginya yang terdiri daripada pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalan presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak dapat menarik sokongan kepada parti itu.
Nazri berkata BERSATU juga bukan parti politik pertama yang menjadi parti serpihan Umno, dengan merujuk kepada parti Semangat 46 dan PKR.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu menambah bahawa seperti parti politik yang lain, BERSATU juga tidak akan dapat menumbangkan Umno.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment