Write For Us

Jerit-menjerit, tolak-menolak ketika media temui Kang Chol di KLIA

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
154 Views
Published
Ketibaan Duta Besar Korea Utara, Kang Chol, yang diisytiharkan sebagai 'Persona Non Grata' oleh kerajaan Malaysia, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk meninggalkan negara ini, hari ini menjadi tumpuan media.
Beliau yang tiba dengan kenderaan kedutaan dan diiringi empat kereta polis peronda pada kira-kira 4.40 petang, dikerumun media untuk mendapatkan komennya di balai berlepas tentang pengusirannya.
Kang Chol dalam komennya yang diterjemahkan, berkata beliau meninggalkan negara ini setelah kerajaan Malaysia mengisytiharkan beliau sebagai 'persona non grata'.
Persona Non Grata diterjemah secara kasarnya bermaksud 'Orang yang Tidak Dihargai'.
Seseorang yang diisytiharkan sedemikian dilarang masuk atau terus berada di sesebuah negara.
Beliau juga melahirkan kebimbangan bahawa 'langkah ekstrem' yang diambil kerajaan Malaysia itu boleh memudaratkan hubungan dua hala kedua-dua negara yang sudah terjalin sejak 40 tahun lepas.
Berlaku jerit-menjerit dan tolak-menolak ketika media mengerumuni Kang Chol sehingga beliau dibawa ke Balai VIP KLIA.
Terdahulu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada Sabtu, mengumumkan kerajaan Malaysia mengisytiharkan Kang Chol sebagai 'Persona Non Grata' dan diberi tempoh 48 jam bermula 6 petang, 4 Mac untuk meninggalkan negara ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment