Sekumpulan pengamal media menunggu ketibaan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang dibawa pulang oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.
Mengikut paparan jadual penerbangan, Jamal dijangka tiba di tanah air pada 2.15 petang.
Memetik Malaysiakini, peguamnya Imran Tamrin mengesahkan kepulangan Jamal itu - yang sebelum ini melarikan diri ke Indonesia ekoran diburu polis.
Tidak dapat dipastikan sama ada Jamal akan terus didakwa atau direman terlebih dahulu.
Jamal yang hilang sejak Mei lalu ditahan di Tebet, Jakarta Selatan, pada 2 Mac lalu. Beliau ditahan di ibu pejabat polis Jakarta Selatan sebelum dihantar pulang pagi ini.
Beliau pertama kali ditahan polis pada 22 Mei lalu ketika dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri, namun melarikan diri ketika proses ikat jamin.
Bekas ketua kumpulan Baju Merah itu dikehendaki polis atas beberapa kesalahan, antaranya di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana melakukan gangguan awam dan Seksyen 34 Akta Senjata 1960 berkaitan penggunaan senjata api.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment