Write For Us

Dua wanita terbabit kekecohan di KLIA sudah pulang ke China - SPRM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
9 Views
Published
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mendedahkan dua warga China yang dikaitkan dengan kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini sudah pulang ke negara asal mereka, hari ini.

Bercakap kepada kepada pemberita ketika merasmikan Program Pemantapan Rakan Strategik Media SPRM, di Putrajaya, Azam berkata dia dimaklumkan mengenai kepulangan wanita itu ke China oleh KLIA.

Dia juga berkata badan pencegah rasuah itu telah merekodkan keterangan daripada sekurang-kurangnya 14 individu berhubung kejadian yang berlaku pada Khamis, 29 Jun lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment