Write For Us

Operasi kesan PATI bermula, 87 warga China terbabit penipuan dalam talian ditahan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
134 Views
Published
Jabatan Imigresen menahan 87 warga China tanpa dokumen perjalanan sah, yang disyaki terbabit kegiatan penipuan dalam talian di kawasan Setia Walk di Putrajaya pada Rabu 1 Januari 2020.
Kesemua mereka ditahan di sebuah kondominium dan premis perniagaan menerusi operasi bersepadu, susulan berakhir program penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) atau Back For Good (B4G).
Operasi bermula jam 11 pagi yang diketuai Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud itu membabitkan serbuan di lima unit kediaman dan sembilan unit pejabat yang menjalankan kegiatan pelaburan dalam talian.
Beliau berkata, operasi itu dijalankan serentak di seluruh negara, susulan berakhirnya permohonan bagi program B4G sejak Ogos lalu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas operasi terbabit, pada Rabu 1 Januari.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment