Write For Us

Polis beri amaran, penipuan dalam talian jual topeng muka

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Berikutan penularan wabak penyakit Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyarankan orang ramai mengambil langkah pencegahan di antaranya dengan menggunakan topeng muka terutamanya semasa berada di luar dan kawasan tumpuan orang ramai.
Berikutan itu, orang ramai telah membuat pembelian bagi mendapatkan topeng muka dalam talian mahupun daripada orang persendirian.
Namun dalam satu kenyataan di laman Facebook, pihak polis mendedahkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah mengambil kesempatan dengan menjual topeng muka yang tidak wujud dalam talian.
Oleh itu pihak polis menasihatkan orang ramai supaya menyemak kesahihan sesuatu pautan di portal SemakMule dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil iaitu terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi pemindahan wang .
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment