Write For Us

Jersi JDT tiruan dirampas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
160 Views
Published
Johor Bahru: Sebanyak 1,187 jersi Johor Darul Takzim (JDT) musim 2017 dan 735 jersi pelbagai jenama tiruan dianggarkan bernilai RM31,830 dirampas dalam operasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor di sebuah kedai di Jalan Seroja, di sini, kelmarin.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Johor Rizq Fazliana Abd Hamid berkata, operasi 6.30 petang itu hasil risikan selama seminggu.
Katanya, turut dirampas satu mesin 'heat press' yang dipercayai digunakan untuk menampal logo JDT.
"Pemilik premis berusia 30 tahun sudah direkodkan percakapan bagi tujuan siasatan.
"Siasatan mendapati lelaki ini dalam proses pembuatan jersi dan menjualnya secara dalam talian serta di kedai," katanya.
Menurutnya, pihaknya percaya pengedaran jersi tiruan itu dilakukan sebelum perlawanan membabitkan JDT pada 11 Februari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment