Write For Us

Jika menang nak sokong siapa? Ini jawab Azwan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Sekiranya Azwan Ali menang di DUN Bukit Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei depan, soal sokongan sama ada bersama kerajaan negeri ataupun pembangkang masih jadi rahsia.
Dengan nada guraunya, Azwan meletakkan harga RM30 bilion untuknya memilih parti untuk disokong.
Azwan berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen pertamanya dengan santai memasak rendang untuk orang ramai di Bukit Antarabangsa petang tadi.
- Azwan sebak ketika gaul rendang
Antara manifestonya, beliau berjanji akan turun padang menemui rakyat setiap hari, hapuskan politik rasuah dan masalah air Selangor, rumah mampu milik dan kerap bersedekah dengan memasak secara percuma.
Ketika sedang menggaul rendang di kuali, Azwan sebak apabila mengingatkan kenangan belajar resipi masakan redang daripada ibunya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment