Write For Us

Diasak wartawan, Azwan hanya jawab 'rujuk laporan polis'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
140 Views
Published
Sidang Media Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun hari ini tegang apabila beliau diasak dengan soalan daripada wartawan yang inginkan jawapan mengenai laporan polis yang dibuatnya berkenaan 'Komplot 3 Tan Sri' untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Malah, pada sidang media selama kira-kira 25 minit itu, suasana menjadi hangat apabila Khairul hanya menjawab "Rujuk laporan polis" ketika pelbagai soalan diajukan pemberita berhubung laporan polis yang dibuatnya itu dan polis pula menutup siasatan tersebut.
"Rujuk laporan polis saya. Saya buat laporan berdasarkan keyakinan dan kepercayaan saya," katanya dalam sidang media di Kelana Jaya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment