Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson mempersoalkan apakah beliau tidak boleh menghulurkan bantuan kepada penduduk di kawasan parlimen itu.
Ini susulan laporan polis dibuat calon bebas, Stevie Chan Keng Leong yang mendakwa beliau cuba menyogok pengundi berdaftar di Port Dickson dengan projek-projek mega.
“Itu projek, habis tu kita tak boleh tolong orang Port Dickson ke? soal Anwar ketika ditemui pemberita dalam satu majlis makan tengah hari bersama peniaga kecil di Port Dickson, hari ini.
Terdahulu, Stevie Chan Keng Leong membuat laporan polis di Ibu Pajabat Polis Daerah Port Dickson jam 12 tengah hari tadi.
Stevie mendakwa Anwar dalam ceramah perdana di Sri Tanjung sebelum ini dilaporkan memberitahu pengundi Port Dickson bahawa beliau telah memperoleh tiga projek untuk rakyat.
Antaranya projek pelancongan hotel lima bintang, program latihan penerbangan dan program pendidikan seperti tuisyen percuma kepada pengundi kawasan itu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment