Bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammudin Hussein berkata kerahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk Ops Yaman 2 tidak mendapat kelulusan daripada Kabinet kerana telah mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Dia (Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong) kena tahu apakah itu MKN, saya rasa dia tidak tahu apa-apa mengenai kerajaan. Saya rasa mereka (Pakatan Harapan) juga tidak tahu jadi menteri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Difahamkan, dalam isu kepentingan keselamatan negara kelulusan MKN melebihi kabinet.
Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada kerajaan BN terdahulu ada mendapatkan keputusan kabinet berhubung mengerahkan ATM ke Ops Yaman 2 dalam misi membantu pakatan ketenteraan Arab Saudi seperti yang didakwa oleh Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment