Write For Us

Peguam Negara tidak patut 'joget' bersama pemerintah, kata Raja Kamarul Bahrin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
202 Views
Published
Ketua Biro Antarabangsa AMANAH, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah mengingatkan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali supaya beliau perlu bersikap berkecuali dan tidak terlalu rapat dengan pemerintah.
Kamarul berkata tindakan Apandi yang menari bersama sekumpulan menteri dalam satu acara minggu lalu hanya menjejaskan pengecualiannya dalam kerajaan terutamanya berkaitan isu 1MDB.
“Saya rasa peguam negara perlu berkecuali dalam isu ini kerana dia orang paling utama dalam menentukan apa-apa tindakan perundangan.
“Jadi itulah, dia tidak kelihatan terlalu rapat dengan pemerintah. Dengan tindakan sedemikian rupa menjejaskan perkecualiannya kedudukannya dalam kerajaan.
“Itu yang jadi kebimbangan kami, beliau harus berlaku adil, jangan terlalu rapat dengan mana-mana pihak amat penting, terutamanya dalam isu 1MDB yang sedang hangat,” katanya kepada pemberita di luar Istana Negara hari ini.
Sebelum ini Peguam bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad, Haniff Khatri memuat naik rakaman video memaparkan Apandi menari bersama sekumpulan menteri dan mempersoalkan tingkah laku itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment