Write For Us

JK kuil sedih pemergian Adib, mahu dalang dihukum

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
Pengerusi Jawatankuasa Khas Selamatkan Kuil Mariamman Seafield, S Ramaji menyatakan rasa sedih atas berita pemergian anggota bomba Muhammad Adib Kassim.
Dalam satu kenyataan, beliau menggesa pihak berkuasa menghukum mereka yang terlibat dan dalang di sebalik insiden ganas itu.
Katanya, mereka mesti dihukum kerana tindakan ganas mereka bukan sahaja menyebabkan kematian seorang penjawat awam tetapi juga menjejaskan perjuangan untuk mengekalkan kuil Seafield di lokasi sekarang.
Semalam, Adib menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung nyawa selama hampir tiga minggu.
Anggota bomba berumur 24 tahun itu dikejarkan ke lokasi rusuhan pada 27 November lalu akibat pertikaian mengenai tanah kuil di USJ 25, Subang Jaya.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi berhampiran, perusuh menyerang lori bomba dan van perubatan yang menyebabkan Adib dan rakannya yang lain terpaksa berundur.
Muhammad Adib dilaporkan diheret keluar dari kenderaan yang dinaikinya sebelum dipukul dan menyebabkan beberapa tulang rangkanya patah selain mengalami kecederaan dalaman.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment