Ada yang mungkin tahu bahawa Naib Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah, Jo-Anna Sue Henley Rampas adalah bekas juara Ratu Unduk Ngadau atau naib juara Bintang RTM pada tahun 2009, atau mungkin sebagai seorang model semasa menuntut di universiti.
Tetapi Rampas baru-baru menjadi tumpuan apabila dikhabarkan akan menjadi calon WARISAN untuk berdepan dengan penyandang ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, seorang bekas wartawan.
WARISAN hari ini mengesahkan bahawa Rampas menjadi calon parti itu di Kiulu.
Dikurniakan wajah yang menawan dan penampilan yang menarik, gadis berusia 29 tahun itu cuba meyakinkan orang ramai bahawa dia bukan sekadar berwajah cantik.
Dalam satu temu bual dengan Malaysiakini, Rampas mengakui bahawa tidak salah bagi beliau untuk berkata, bahawa dirinya memang dianugerahkan dengan "kecantikan".
Menurut Rampas, penyertaannya dalam pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau hanya berlaku sekali dan pada 11 tahun lalu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment