Balai Seni Visual Negara (BSVN) akan menjadi tuan rumah kepada dua pameran bertema patriotik untuk beberapa bulan yang mendatang sebagai sebahagian daripada usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyemai semangat cintakan negara di kalangan rakyat.
"Pembangunan pesat negara yang sedang kita jalani perlu seimbang dan berkembang selari dengan keperluan rohani melalui penghayatan seni dan budaya.
"Pameran seperti ini diharapkan akan menjadi satu naratif visual hari raya berkesan yang akan membuat rakyat negara ini berbangga mewarisi legasi visual yang melintasi generasi, bahasa dan budaya," kata Najib dalam ucapannya semasa pelancaran kedua-dua pameran di BSVN, hari ini.
Beliau menambah, pembangunan sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada pembinaan bangunan pencakar langit, lebuh raya atau kilang-kilang.
Keutamaan juga perlu diberikan kepada pembangunan kerohanian, katanya.
Melalui pameran dan inisiatif seperti itu, jelas beliau, rakyat akan secara tidak langsung akan bergerak ke hadapan dengan lebih mengasihi negara ini.
Semua ini akan menyumbang kepada pencapaian wawasan Tranformasi Nasional 2050 (TN50), ujar Najib.
Kedua-dua pameran, "Seni Negaraku" dan "Reka Negaraku" akan dibuka kepada orang ramai secara percuma dari bulan Jun hingga September tahun ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment