Pengesahan identiti Kim Jong-nam dibuat menerusi sampel DNA anak lelakinya yang diambil di satu lokasi rahsia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sampel itu diperoleh mengikut prosedur forensik yang dilakukan oleh pihak kerajaan di luar negara, namun enggan mendedahkan lokasi negara itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Jong-nam, didakwa dibunuh oleh dua wanita warga asing yang menyapu muka Jong-nam dengan agen saraf VX ketika dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb untuk menaiki pesawat ke Macau.
Jong-nam, yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Dua wanita warga asing - Siti Aisyah, 25, dari Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam didakwa membunuh Jong-nam, di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac.
Ketika ditanya mengenai pengurusan mayat Jong-nam, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tindakan seterusnya.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim hari ini dilaporkan berkata keluarga mendiang Jong-nam memberi kebenaran kepada kerajaan Malaysia untuk menguruskan mayat rakyat Korea Utara itu.
Mengulas perkara tersebut, Ahmad Zahid berkata beliau akan menyemak dokumen kebenaran yang dibuat oleh keluarga mendiang melalui Kementerian Luar.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment