Write For Us

Kim Jong-Nam ada dua identiti, kata Ahmad Zahid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
138 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi mengesahkan lelaki bernama Kim Chol yang mati dibunuh pada Isnin lalu adalah Kim Jong-Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.
Malah, individu berkenaan mempunyai dua identiti sah dari Korea Utara.
Bernama melaporkan Ahmad Zahid berkata pasport mangsa yang menggunakan nama Kim Chol itu adalah pasport yang sah dan bukannya palsu.
Jelas beliau, punca kematian mangsa bagaimanapun perlu diserahkan kepada siasatan polis dan laporan forensik.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengesahkan kedutaan Korea Utara membuat permohonan kepada polis bagi menuntut mayat mendiang.
Jelasnya, insiden tersebut tidak menjejaskan hubungan Malaysia dan Korea Utara.
Pada Isnin lalu, Jong Nam mati dibunuh di KLIA 2 kira-kira 8 pagi ketika sedang berada di balai berlepas untuk menaiki penerbangan ke Macau.
Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat hari ini mengesahkan dua wanita warga asing ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment