Write For Us

Kabinet putuskan Akta Dadah Berbahaya 1952 dikaji semula - Azalina

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
159 Views
Published
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata laporan kajian bagi meneliti isu undang-undang dan dasar hukuman mati telah dibentangkan ke Kabinet baru-baru ini.
Katanya, Kabinet memutuskan Akta Dadah Berbahaya 1952 dikaji semula bagi memberi ruang budi bicara kepada hakim dalam menjatuhkan hukuman dengan menetapkan hukuman yang bersesuaian khususnya ke atas kes marginal.
"Jemaah Menteri bersetuju memasukkan peruntukan tambahan bagi memberi kuasa kepada mahkamah menjatuhkan hukuman selain daripada hukuman mati mandatori dalam keadaan tertentu yang ditetapkan bagi kesalahan mengedar dadah di bawah Seksyen 39B akta berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Jabatan Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.
Tegasnya, setiap pelaksanaan perlu dibuat menerusi proses undang-undang memandangkan banyak negara lain telah membuat perubahan untuk melihat persepsi yang lebih terbuka.
Menurutnya, Amerika Syarikat, China, India, Singapura dan Thailand masih mengekalkan hukuman mati sebagai antara hukuman terhadap pesalah yang melakukan kesalahan serius.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment