Write For Us

'Kakitangan koko dipecat, ini namanya biadap!'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid mempersoalkan tindakan 'kejam' kerajaan yang memberhentikan seramai 282 kakitangan Lembaga Koko Malaysia berstatus kontrak dalam mana industri koko mencatat keuntungan sebanyak RM5 bilion, dan menyifatkan ia satu penaniayaan kepada pekerja.
Kata Abdullah Sani, ada di antara mereka ditawar semula bekerja sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) selama 6 bulan.
"Kerajaan pada waktu ini mewacanakan ekonomi kukuh. Sebenarnya, dalam keadaan kukuh, mereka telahpun melakukan kezaliman kepada penjawat awam yang di bawah berkanun, dan ini tidak boleh diizinkan kerana dalam keadaan sekarang apabila mereka dipecat, mereka diambil bekerja secara kontrak harian. Maknanya, gaji dulu tidak dikira, dan mereka dibayar ikut hari.
"Sudah tentu bidang penyelidikan tidak untung, tetapi dalma proses kita lihat pendapatan koko boleh menyumbang kepada negara sampai RM5 bilion, mengapa mereka dipecat? Tetapi bila kita tanya, bukan dipecat. Mereka diperbaharui kontrak mengikut harian. Ini namanya biadap, kerana mereka dah bekerja hampir 20 tahun.
"Kami tidak akan mendiamkan diri, pekerja koko tidak layak digelar kontrak," kata Abdullah Sani dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment