Write For Us

"Kalau anda tuduh saya ambil duit rakyat, itu fitnah," luah Annuar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Bekas presiden Persatuan Bola Sepak kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa tidak berminat untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang menuduhnya menggunakan duit rakyat termasuk daripada Majli Amanah Rakyat (MARA) sama ada untuk kegunaan bola sepak ataupun peribadi.
Utusan Malaysia melaporkan Annuar yang juga pengerusi MARA berkata, sekiranya tindakan undang-undang diambil akan memberi maksud beliau perlu memberi komitmen terhadap prosiding mahkamah, oleh itu lebih baik beliau mengambil pendirian pandang ke hadapan.
Terdahulu, Terdahulu Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui pendedahannya mendakwa Annuar 'secara paksa' menggunakan duit rakyat melalui MARA dan UniKL untuk menaja bola sepak Kelantan.
Beberapa dokumen melibatkan penyaluran dana daripada dua organisasi itu kepada The Red Warriors turut didedahkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment