Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sekali lagi meluahkan hasratnya yang mahu menyertai FAM menjadi pertikaian sesetengah pihak.
Dalam posting terbaru di Facebooknya hari ini, Annuar berkata semua tindakannya dilihat bermasalah apabila mengambil pendirian sewaktu meninggalkan KAFA dan kini pula membantu pasukan The Red Warriors.
Jelasnya, segalanya akan bergerak atas paksi kejujuran, kebenaran dan prinsip kebertanggungjawaban serta kasih sayang seorang anak Kelantan.
Semalam, Annuar menjawab dakwaan yang dilontarkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung penajaan MARA dan UniKL kepada bola sepak Kelantan.
Katanya, MARA tidak pernah menaja The Red Warriors walau satu sen dan logo 50 tahun MARA pada bahagian lengan jersi pasukan itu dipamerkan secara percuma, walaupun ia bernilai RM250,000.
Malah, UniKL pula sebuah syarikat swasta, ia tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya.m di mana ia mempunyai polisi sendiri terutama dalam soal penjenamaan, promosi, dan pemasaran.
Terdahulu TMJ melalui pendedahannya mendakwa Annuar 'secara paksa' menggunakan duit rakyat melalui MARA dan UniKL untuk menaja skuad TRW.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment